IKLAN sempena Hari Krismas "Come Home" yang diterbitkan oleh sebuah pasaraya di Jerman, Edeka bakal menyentap tangkai perasaan anda.

Mengisahkan seorang bapa yang kesepian setelah kematian isteri, walaupun memiliki anak yang ramai tetapi menyambut perayaan secara berseorangan.

Tanggungjawab kerja dan berkeluarga sendiri telah menyebabkan anak-anak dan cucunya tidak pulang ke kampung untuk menyambut hari Krismas bersama bapa mereka.

Namun, hanya apabila berlakunya kematian yang akan kembali menyatukan semula keluarga ini.

Iklan ini menjadi popular di seluruh dunia dan rata-rata penonton yang menyaksikan bercerita mengenai plot cerita yang mengejutkan.

Sejak dilancarkan pada penghujung November lalu, iklan ini telah menerima sebanyak lebih 30 juta tontonan.