Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kini "mengikuti dengan amat rapat" arahan untuk mengusir dua diplomat Cuba ke misi badan dunia itu dari Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang jurucakap PBB padaJumaat.

"Ini adalah satu isu yang sememangnya kami ikuti dengan amat rapat," kata Stephane Dujarric, jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.

Jabatan Negara pada Khamis mengarahkan kedua-dua anggota misi Cuba ke PBB itu meninggalkan negara tersebut atas alasan mereka cuba menjalankan operasi penggerak terhadap AS.

Selain itu, AS mengehadkan perjalanan anggota misi Cuba ke PBB di Manhattan.

Perhimpunan Agung PBB pada November tahun lepas menerima pakai resolusi tidak mengikat yang menggesa agar sekatan AS ke atas Cuba ditarik balik.

Hubungan AS-Cuba mengalami kemerosotan di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.

-- BERNAMA