NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis mengumumkan peruntukan segera AS$12 juta daripada Tabung Tindak Balas Kecemasan PBB untuk membantu Filipina, susulan Taufan Rai yang melanda negara ini, lapor Xinhua.

Peruntukan itu akan membantu 220,000 golongan rentan terutama di wilayah Caraga dan Region VIII yang paling teruk terjejas, Ketua Setiausaha PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Martin Griffiths.

Kira-kira tiga juta orang memerlukan bantuan termasuk satu juta kanak-kanak. Sejumlah 631,000 telah dipindahkan dan kira-kira 200,000 rumah rosak, katanya kepada pemberita di ibu pejabat PBB di New York.

Sementara itu, penyelaras residen PBB dan kemanusiaan di Filipina, Gustavo Gonzalez berkata PBB telah melancarkan pelan keperluan kemanusiaan dengan peruntukan AS$106.5 juta, menyasarkan 530,000 orang di kawasan paling teruk terjejas.

-- BERNAMA