JAKARTA: Kementerian Luar Indonesia memohon maaf kepada kerajaan Nigeria di atas insiden salah faham melibatkan pegawai imigresennya dengan seorang pegawak diplomatik negara berkenaan.

Dalam sebuah video yang tular, Abdulrahman Ibrahim, yang bertugas di Kedutaan Nigeria di Jakarta, dipukul ketika ditahan pegawai imigresen Indonesia kerana keenganannya menyerahkan dokumen yang diminta.

Insiden tersebut sekali gus mendapat perhatian ramai pihak.

Susulan kejadian itu, kerajaan Nigeria menarik sementara duta besarnya ke Indonesia seperti yang diumumkan Menteri Luar, Geoffrey Onyema.

Indonesia bagaimanapun, memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara formal bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Dalam video berdurasi 2 minit 11 saat itu, Abdulrahman dilihat ditekan ke bahagian kerusi kereta dan beberapa kali memohon untuk dilepaskan kerana tidak dapat bernafas.

Bagaimanapun, rayuannya itu diendah.


Salah Faham | Indonesia mohon maaf kepada Nigeria