MANILA: Para pelajar memakai apa yang dipanggil topi anti-penipuan semasa mereka mengambil peperiksaan di kolej telah menjadi tular di media sosial di Filipina baru-baru ini.

Para pelajar di sebuah kolej di Bandar Legazpi diminta memakai penutup kepala bagi menghalang mereka daripada mengintip kertas jawapan peperiksaan rakan-rakan lain.

Ramai antara mereka mencipta topi buatan sendiri daripada kadbod, kotak telur dan bahan kitar semula yang lain.

Mary Joy Mandane-Ortiz iaitu seorang profesor kejuruteraan mekanikal di Kolej Kejuruteraan Universiti Bicol berkata idea itu sangat berkesan, menurut BBC.

Ia dilaksanakan untuk peperiksaan pertengahan penggal baru-baru ini yang telah diduduki oleh ratusan pelajar di kolej itu pada minggu ketiga bulan Oktober.

Profesor itu berkata permintaan awalnya ialah agar pelajar-pelajar membuat topi yang mempunyai reka bentuk mudah daripada kertas.

Dia mendapat ilham tentang pemakaian topi itu daripada teknik yang dilaporkan digunakan di Thailand beberapa tahun sebelum ini.

Terdapat juga pelajar yang memakai topi, topi keledar atau topeng Halloween ketika mengambil peperiksaan. - Sinar Harian memetik laporan agensi