BANGKOK: Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun maut apabila senjata api buatan sendiri yang dibawa rakannya ke sekolah meletup secara tiba-tiba.
Dalam kejadian 1.30 petang Khamis, pelajar Sekolah Lad Pla Duk di daerah Bang Bua Thong, Nonthaburi dilaporkan cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Komander polis wilayah Nonthaburi, Mejar Jeneral Paisan Wongwatcharamongkol, berkata siasatan mendapati seorang pelajar membawa pistol buatan sendiri milik seorang pelajar senior ke sekolah.
Pelajar itu menyembunyikan pistol itu di dalam jaketnya kerana mahu menunjukkan senjata berkenaan kepada mangsa.
"Pistol itu dipercayai meletup secara tiba-tiba dan peluru terkena kepala mangsa yang sedang duduk di hadapan komputer.
"Siasatan juga mendapati kedua-dua pelajar itu berkawan rapat," katanya pada sidang media.
Empat pelajar menjadi saksi kejadian itu.
"Pelajar yang membawa pistol itu didakwa atas kesalahan memiliki senjata api secara haram dan menyebabkan kematian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022
Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun maut apabila senjata api buatan sendiri yang dibawa rakannya ke sekolah meletup secara tiba-tiba. - Gambar hiasan
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Yusoff Rawther akan buat permohonan benar ikat jamin - Peguam
Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther akan membuat permohonan agar mahkamah membenarkannya dijamin selepas didakwa mengedar dadah jenis kanabis.
Suami isteri selisih faham, polis rampas sepucuk pistol, 18 peluru
Pemeriksaan ke atas kediaman suspek berusia 47 tahun itu turut menemui satu kelopak peluru berwarna hitam.
Polis siasat kejadian tular individu pegang objek disyaki pistol
Polis Daerah Kuala Terengganu menerima dua laporan polis daripada orang awam berhubung kes berkenaan yang tular di media sosial.
Lelaki warga Israel didakwa miliki senjata mengaku tidak bersalah
Lelaki yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu juga minta dibicarakan.
Lelaki Israel ditahan di KL bersama enam pucuk pistol
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan pasport palsu Perancis.
Polis rampas pistol warga emas
Polis merampas sepucuk pistol yang disyaki digunakan seorang warga emas yang tidak berpuas hati dengan ejen penarik kereta, yang video kejadian itu jadi tular di media sosial baru-baru ini.
Pemilik restoran diacu pistol sebelum dirompak RM300,000
Ketika kejadian, mangsa dan rakan berada di kafe dekat pusat beli-belah itu untuk urusan jual beli jongkong emas.
Polis tahan seorang lelaki miliki pistol Beretta, peluru dan dadah
Pistol itu ditemukan selepas sepasukan anggota polis cuba menahan suspek ekoran maklumat berkaitan dadah.
Insiden murid tembak guru: Polis tolak unsur 'tidak sengaja'
Polis menolak unsur 'tidak sengaja' dalam insiden kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dipercayai menembak gurunya di Virginia, Amerika Syarikat.
2 pengedar dadah warga Thailand ditahan, polis rampas pistol
Polis Kelantan menahan dua suspek warganegara Thailand kerana memiliki senjata api dalam satu serbuan di Kampung Rahmat Lubok Setol, Rantau Panjang, semalam.