Pelakon Pee-Wee Herman Paul Reubens meninggal dunia pada usia 70 tahun

Bernama
Ogos 1, 2023 05:38 MYT
Penghibur veteran kanak-kanak AS itu meninggal dunia pada Ahad akibat kanser, menurut satu kenyataan yang dikongsi di halaman Instagram Pee-wee Herman pada Isnin. - Foto AP
LOS ANGELES: Paul Reubens, pelakon dan pelawak yang membawakan watak Pee-wee Herman di pentas dan skrin, meninggal dunia pada usia 70 tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Penghibur veteran kanak-kanak AS itu meninggal dunia pada Ahad akibat kanser, menurut satu kenyataan yang dikongsi di halaman Instagram Pee-wee Herman pada Isnin.
"Malam tadi, Paul Reubens, seorang pelakon, pelawak, penulis dan penerbit ikon Amerika yang membawakan watak kesayangannya Pee-wee Herman menggembirakan kanak-kanak dan orang dewasa telah menghembuskan nafas terakhir.
"Paul dengan berani melawan kanser selama bertahun-tahun dengan penuh ketabahan. Beliau akan selama-lamanya diingati dalam hati kami sebagai kawan yang dihargai dan lelaki yang mempunyai watak yang luar biasa dan semangat kemurahan hati," menurut kenyataan itu.
Hantaran di Instagram itu turut sertakan petikan kata-kata daripada Reubens.
"Sila terima permohonan maaf saya kerana tidak mendedahkan perkara yang saya hadapi enam tahun lalu.
"Saya sentiasa merasakan kasih sayang dan penghormatan daripada rakan, peminat dan penyokong saya. Saya sangat menyayangi kamu semua dan suka mempersembahkan kesenian kepada kalian," katanya.
-- BERNAMA
#Paul Reubens #Pee-wee Herman #Meninggal dunia akibat kanser #pelawak dan penerbit