ISTANBUL (Turkiye): China pada Selasa mengumumkan akan melancarkan "siri operasi ketenteraan bersasar" sebagai respons kepada lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan.
"Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) akan melancarkan satu siri operasi ketenteraan bersasar untuk mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah," lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Pertahanan China.
Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Pelosi mendarat di Taiwan, kunjungan pertama daripada ahli politik berpangkat tinggi AS dalam tempoh 25 tahun.
China menganggap Taiwan sebagai "wilayahnya yang terpisah." Bagaimanapun, Taipei berkeras untuk kemerdekaannya sejak 1949.
PLA mengumumkan ia akan mengadakan operasi ketenteraan bersama di sekitar Taiwan melibatkan tentera laut dan udara dan tembakan artileri jarak jauh di Selat Taiwan serta ujian peluru berpandu konvensional bermula dari malam Selasa, lapor akhbar harian Cina Global Times.
Selain itu, tentera China juga akan menjalankan latihan kebakaran selama empat hari di enam wilayah sekitar Taiwan, mulai Khamis, kata akhbar itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022
Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Pelosi mendarat di Taiwan, kunjungan pertama daripada ahli politik berpangkat tinggi AS dalam tempoh 25 tahun. - REUTERS
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Pelosi umum hasrat bertanding semula Kongres AS
Nancy Pelosi umum hasratnya untuk bertanding semula sebagai wakil California dalam Kongres pada penggal akan datang.
Hasrat AS jual AS$1.1 bilion senjata kepada Taiwan undang kemarahan China
Kedutaan China di Washington menggesa AS menarik balik tawaran itu atau berdepan "tindakan balas".
China akhiri latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China pada Rabu mengumumkan telah menyelesaikan latihan ketenteraannya yang dilancarkan minggu lepas di sekitar Taiwan, sebagai membantah lawatan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi ke pulau itu.
Konflik Taiwan-China: Latihan ketenteraan didakwa muslihat untuk ceroboh
Taiwan tidak akan gentar walaupun latihan berterusan China sering melanggar garis tengah tidak rasmi di selat negara itu.
Speaker Dewan AS Pelosi berlepas dari Jepun, lengkapkan siri lawatannya ke Asia
Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi meninggalkan Jepun, sekali gus melengkapkan siri lawatannya ke negara-negara Asia.
Tokyo kesal Beijing batalkan mesyuarat dua hala menteri luar
Jepun kesal dengan keputusan China membatalkan rundingan dua hala yang sepatutnya diadakan sempena mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN di Kemboja.
Ketegangan China-AS: Malaysia perlu proaktif desak penyelesaian aman - Penganalisis politik
Malaysia selaku anggota negara ASEAN perlu aktif menyuarakan desakan untuk satu penyelesaian secara aman dilakukan.
Ketegangan AS-China dijangka tidak beri kesan besar kepada Malaysia
Dasar berkecuali Malaysia dilihat dapat mengimbangi dan mengurangkan kesan kepada negara susulan ketegangan melibatkan dua kuasa besar itu.
ASEAN gesa redakan ketegangan di Selat Taiwan
Elak daripada melakukan sebarang provokasi atau mengambil tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan, gesa ASEAN.
Ringgit menyusut disebabkan ketengangan geopolitik
Ringgit terus menyusut berbanding dolar US hari ini selepas pelabur memilih mata wang selamat susulan kebimbangan terhadap ketegangan geopolitik membabitkan Amerika Syarikat (AS)-China.