LONDON: Lebih 1,000 orang yang berada dalam barisan untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II telah menerima rawatan perubatan sejak Rabu, kata Perkhidmatan Ambulans London pada Ahad.

Daripada jumlah itu, 17 telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan pada Rabu, dan jumlah itu meningkat kepada 55 pada Sabtu. Mereka terdiri daripada orang awam yang beratur panjang selama berjam-jam dalam cuaca sejuk.

Kerajaan menasihatkan orang ramai yang merancang melakukan perjalanan untuk memberi penghormatan terakhir di Westminster Hall, agar membatalkannya bagi mengelak kekecewaan.

Dalam kemas kini terbaharunya, Jabatan Digital, Kebudayaan, Media dan Sukan (DCMS) memberitahu orang ramai di Twitter bahawa perbincangan sedang dibuat untuk menutup barisan dan masanya akan diketahui dalam tempoh terdekat.

Pegawai kerajaan juga berkata masa menunggu semasa adalah sekurang-kurangnya 13 jam.

Orang ramai diberi masa sehingga jam 6.30 pagi esok (Isnin) untuk memberi penghormatan terakhir.

Istiadat pemakaman diraja akan dimulakan pada jam 11 pagi.