NEBRASKA: Dua maut manakala 20 lagi cedera selepas dirempuh dua buah kereta yang terlibat dalam kemalangan ketika berkumpul bagi sambutan tahunan Hari Peringatan di Nebraska, Amerika Syarikat.

Dua yang maut merupakan wanita masing-masing berusia 20 dan 22 tahun.

Seorang daripada mangsa cedera pula dalam keadaan kritikal dan dirawat di hospital berdekatan.

Menurut seorang saksi, sebuah kereta yang dipandu laju merempuh kenderaan lain ketika cuba membelok di persimpangan.

Kedua-dua kenderaan itu kemudian melanggar sekumpulan penonton yang yang berdiri di antara jalan dan tempat letak kereta.

O Street menjadi tempat popular untuk pelumba kereta pada hujung minggu sempena Hari Peringatan dan penonton biasanya berkumpul untuk menonton dari tempat letak kereta.

Pihak polis berkata mereka akan menyiasat insiden itu dengan lebih terperinci.