Gara-gara seekor labah-labah, seorang pemandu panik dan merempuh tiang lampu dalam satu kejadian di Isle of Wight, England.

Difahamkan pemandu itu cuba membuang serangga berkenaan keluar dari kereta tetapi sebaliknya dia hilang kawalan dan merempuh tiang.

Mangsa yang identitinya tidak didedahkan hanya mengalami cedera ringan.

Polis Isle of Wight memuat naik gambar kejadian ke Facebook untuk memberi mengingatkan pemandu agar sentiasa berwaspada dan tidak hilang tumpuan walaupun sekejap ketika memandu.

“Kami lega pemandu itu hanya cedera ringan.

"Tetapi seperti biasa, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan jangan hilang fokus," tulis kapsyen pada gambar berkenaan.