PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan yakin pertikaian antara Greece berhubung pembangunan maritim di Mediterranean Timur mampu diselesaikan dengan baik dan adil.

Bagaimanapun beliau tidak menolak bahawa alternatif lain untuk menyelesaikan isu itu adalah dengan cara melawan.

Turki berpendapat pulau-pulau Greece yang berada di pesisirnya harus dikecualikan daripada pengiraan sempadan maritim komersial yang jauh melebihi batas perairan wilayah.

Namun, Athens menyifatkan pendapat Turki sebagai melanggar undang-undang antarabangsa.

Pihaknya juga bersedia untuk membawa perkara itu di Mahkamah Antarabangsa jika tiada penyelesaian.

Dalam perkembangan lain, Erdogan berkata, kawalan keselamatan akan dipertingkatkan termasuk pemeriksaan di kedai makan bagi memastikan peraturan penjarakan fizikal dipatuhi berikutan berlaku peningkatan kes jangkitan dan kematian membabitkan COVID-19.

Katanya, mereka yang disahkan positif COVID-19 diwajibkan untuk menjalani proses kuarantin di rumah.

Isnin lalu, Turki melaporkan sebanyak 1,743 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam dan 68 kematian.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes jangkitan virus berkenaan di negara ini mencapai angka 300,000 kes.