'Pembunuhan beramai-ramai mesti dihentikan' di Gaza - Tedros

Astro Awani
Disember 22, 2023 01:00 MYT
Penduduk Palestin berkumpul di tapak serangan Israel ke atas sebuah masjid, di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Hamas, di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, 20 Dis 2023. - REUTERS
KETUA Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis berkata, "pembunuhan beramai-ramai mesti dihentikan," di Gaza, di mana jumlah kematian rakyat Palestin kini meningkat kepada 20,000.
"Saya tidak tahu entah berapa kali saya sangkakan krisis di Gaza ini tidak akan jadi lebih mengerikan. Tetapi, ia tetap berlaku lagi," kata Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi X, lapor Agensi Anadolu (AA).
Beliau berkata jumlah mangsa yang terkorban di kawasan yang dikepung dalam tempoh lebih dua bulan adalah "menakutkan" dan seolah-olah "mempersendakan kemanusiaan."
"Ketakutan tidak berkesudahan bagi mereka yang terperangkap dalam 'neraka dunia' ini," katanya, sambil menambah bahawa secara purata, kira-kira 300 orang terbunuh setiap hari di kawasan yang dikepung itu.
Beliau juga menekankan, keadaan sistem penjagaan kesihatan yang teruk di kawasan itu, di mana hanya sembilan daripada 36 hospital di Semenanjung Gaza yang berfungsi sebahagiannya, manakala tiada langsung yang berfungsi di bahagian utara.
"Pembunuhan beramai-ramai ini mesti dihentikan. Kita perlukan #CeasefireNOW," kata Tedros.

I have lost count of the number of times when I thought the crisis in #Gaza could not get more horrific. But it has happened again. The fact we are talking about 20,000 people killed, mostly children and women, and with over 52,000 (and counting) afflicted by life-threatening pic.twitter.com/vwXLeD6MkP

— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) December 21, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Konflik antara Israel dan Hamas bermula pada 7 Okt lalu dan kini telah mengorbankan lebih 20,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain menyebabkan pemindahan dan kemusnahan besar-besaran.
#Tedros Adhanom Ghebreyesus #pembunuhan beramai-ramai #konflik Palestin-Israel #Gaza