SEOUL: Pejabat Presiden Korea Selatan Moon Jae In pada Jumaat mengesahkan pertukaran nota perpisahan antara Moon dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.
Kim pada Khamis membalas nota perpisahan yang dihantar Moon pada hari sebelumnya ketika beliau bersiap untuk meninggalkan pejabat presiden selepas lima tahun berkhidmat, lapor Agensi Berita Yonhap.
Kedua-dua pemimpin pernah mengadakan pertemuan termasuk tiga sidang kemuncak dengan Kim dan dua sidang kemuncak dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) sebelum ini Donald Trump.
Dalam notanya, Moon menyeru Kim menyambung semula rundingan dengan AS secepat mungkin dan berusaha mengadakan dialog dengan Presiden Korea Selatan yang baharu Yoon Suk Yeol, kata jurucakap presiden Park Kyung Mee kepada pemberita pada Jumaat.
"Dengan berjabat tangan bersama Pengerusi Kim, saya mengambil satu langkah yang akan mengubah nasib Semenanjung Korea," kata Moon dalam nota itu, menurut Park.
"Era konfrontasi harus diatasi dengan dialog."
Dalam jawapan balas, Kim berkata kedua-dua pihak membuat "pencapaian yang tidak dapat dilupakan."
"Meskipun masih banyak ingin dicapai, kepercayaan saya tetap tidak berubah jika Selatan dan Utara menzahirkan keikhlasan terhadap usaha setakat ini, hubungan antara Korea boleh bergerak maju semahu-mahunya," Kim dipetik sebagai berkata dalam nota itu.
Kim berterima kasih kepada Moon atas usaha damainya, dan berkata akan terus menghormati Moon selepas bersara.
Moon dan Kim telah mengorak langkah ke arah mewujudkan keamanan yang berkekalan di Semenanjung Korea, tetapi pencapaian itu terjejas selepas sidang kemuncak kedua antara Kim dan Trump di Hanoi yang berakhir tanpa persetujuan mengenai pengharaman senjata nuklear.
Pertukaran nota berlaku di tengah-tengah kebimbangan Korea Utara boleh melancarkan satu lagi ujian nuklear selepas berjaya menguji peluru berpandu balistik antara benua yang mampu sampai ke AS.
Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada Jumaat mendedahkan mengenai pertukaran nota itu, sambil melaporkan kedua-dua pemimpin berkongsi pandangan sama bahawa hubungan antara Korea akan "meningkat dan berkembang" jika kedua-dua pihak melakukan "usaha tanpa jemu dengan penuh pengharapan."
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022
Kedua-dua pemimpin pernah mengadakan pertemuan termasuk tiga sidang kemuncak dengan Kim dan dua sidang kemuncak dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) sebelum ini Donald Trump. - Gambar fail/REUTERS
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
Kini adalah masa untuk Korea Utara siap hadapi perang - Kim Jong-un
Keadaan geopolitik tidak stabil beri petanda untuk Korea Utara lebih bersedia menghadapi peperangan berbanding sebelum ini, kata Kim Jong-un.
FIFA batal perlawanan kelayakan Piala Dunia Korea Utara, Jepun
FIFA berkata bahawa perlawanan kelayakan Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang tidak akan diadakan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Utara berjaya bangunkan sistem kawalan pelancar roket baharu
Tindakan itu dikritik oleh Amerika Syarikat dan sekutunya sebagai ketegangan yang semakin meningkat di Semenanjung Korea.
Korea Utara tutup kedutaan di Hong Kong, Libya
Korea Utara menutup misi diplomatik di Hong Kong dan Libya, menurut seorang pegawai kementerian luar, lapor Agensi Berita Yonhap pada Selasa.
Korea Utara lancar lagi peluru berpandu jelajah
Korea Utara pada Ahad melancarkan beberapa peluru berpandu jelajah dari pantai timurnya, kata tentera Korea Selatan.
Rusia tolak dakwaan jalin kerjasama ketenteraan dengan Korea Utara
Moscow secara mutlaknya menolak tuduhan Washington dan sekutunya mengenai kerjasama teknikal ketenteraan haram Rusia dengan Korea Utara.
Korea Utara uji peluru berpandu krus strategik terbaharu
Pelancaran "Pulhwasal-3-31" sekali gus menandakan pelancaran peluru berpandu krus strategik terbaharu oleh Korea Utara sejak September tahun lalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Remaja dihukum jadi buruh paksa 12 tahun kerana tonton K-drama
Pyongyang menghukum dua remaja lelaki menjadi buruh paksa selama 12 tahun, gara-gara menonton drama Korea yang lebih sinonim dengan singkatan K-drama.