KUALA LUMPUR : Tindakan rejim Israel yang mencetuskan pelbagai siri keganasan terhadap penduduk Palestin adalah bersandarkan beberapa objektif utama iaitu untuk menukar 'status quo' Baitulmaqdis.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iris Institute, Syed Ahmad Israa' Syed Ibrahim, tindakan itu adalah bagi memastikan Baitulmaqdis tidak lagi berada di bawah naungan umat Islam.
"Mereka mengambil kesempatan ini sememangnya untuk mencari sebab melagakan dan mencucuk orang-orang Yahudi, paling ekstrem.
"Sebenarnya mereka ingin mengubah 'status quo' Baitulmaqdis, 'status quo' Masjid Al-Aqsa, supaya tidak lagi berada di bawah naungan dan penjagaan orang-orang Islam.
"Jadi, itu objektif utama yang mereka ingin capai melalui apa yang dilakukan ini," katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Jelas beliau lagi, melalui beberapa siri keganasan seperti yang berlaku baru-baru ini, rejim Israel dapat memastikan matlamat untuk mengubah demografi Baitulmaqdis itu tercapai.
Ujarnya, apa yang dilakukan oleh rejim Israel bukan sahaja mengusir umat Islam yang sedang beribadah di rumah suci itu, malah melakukan serangan keganasan terhadap insan yang tidak bersalah.
"Rejim Zionis tidak pernah menghormati sebarang keputusan yang dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meminta mereka menghormati tatus quo' Baitulmaqdis.
"Ini termasuk gesaan unilateral yang dibuat PBB agar semua bangsa, agama dapat berada di situ dengan aman.
"Jadi, mereka ingin mengubah demografi dan populasi Baitulmaqdis supaya tempat suci ini bebas dan tidak diduduki langsung oleh orang Islam, yang merupakan penduduk asal, yang sememangnya berhak mendiami tanah itu sejak turun-temurun," tegasnya lagi.
Menurut Syed Ahmad lagi, adalah penting untuk seluruh masyarakat dunia bersolidariti bersama penduduk Palestin dalam menentang kezaliman yang ditunjukkan oleh Israel ini.
Ujarnya, beberapa siri serangan seperti yang berlaku di Sheikh Jarrah misalnya, telah menyaksikan kebangkitan yang datangnya daripada rakyat Palestin sendiri.
Penentangan itu, kata beliau, menunjukkan umat Islam di sana memiliki denyut nadi yang kuat dalam mempertahankan hak mereka.
"Oleh yang demikian, kita perlu sokong dengan bantuan dan doa. Kalau bukan kerana itu, kita yakin sudah lama objektif yang diingini oleh zionis ini berjaya dicapai," katanya lagi.
Nickyson Nyambar
Thu Apr 21 2022
Melalui beberapa siri keganasan seperti yang berlaku baru-baru ini, rejim Israel dapat memastikan matlamat untuk mengubah demografi Baitulmaqdis itu tercapai. - Gambar fail AP
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
PADU tingkatkan pemahaman kerajaan terhadap kesejahteraan isi rumah - Penyelidikan MIDF
Pengumpulan data menerusi Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu kerajaan lebih memahami kesejahteraan isi rumah
Rujuk pendaftaran pengislaman individu bawah 18 tahun kepada jawatankuasa khas untuk diperhalusi
Perkara berkaitan pendaftaran pengislaman bagi individu di bawah 18 tahun perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-Undang.
PRN: Ilham Centre ramal keputusan 'status quo'
PH/BN akan kekal di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, manakala PN pula akan terus menguasai Kedah, Kelantan dan Terengganu.
PRN: Status quo dijangka kekal di enam negeri - Penganalisis politik
Penganalisis politik Prof Dr. P. Sivamurugan berkata Perikatan Nasional (PN) pula akan terus mentadbir di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Perancis kekal pendirian sokong 'status quo' Taiwan - Macron
Emmanuel Macron ulangi pendirian itu, selepas komennya sebelum ini mendapat kecaman Amerika Syarikat (AS) dan blok Eropah.
'Jangan ubah status quo Masjid al-Aqsa' - Hamas kepada Israel
Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan kedua-dua belah pihak semakin meningkat terutama ketika menjelang bulan Ramadan.
Pencerobohan Masjid Al-Aqsa: Israel ingin ubah 'status quo' Baitulmaqdis
Menurut Syed Ahmad Israa', tindakan itu adalah bagi memastikan Baitulmaqdis tidak lagi berada di bawah naungan umat Islam.
COVID-19: Pemuda UMNO cadang kekalkan status quo Batu Sapi di bawah Warisan
Dr Asyraf Wajdi berkata Pandemik Covid-19 di negeri Sabah hingga boleh mencetuskan risiko keselamatan kepada rakyat.
UMNO enggan sertai PN tidak jejas status quo kerajaan - Penganalisis
Ia tidak harus menimbulkan kekecohan kerana UMNO sememangnya tidak pernah menyertai PN sejak penubuhan kerajaan pimpinan Muhyiddin.
Mampukah PKR kekalkan status quo di Sungai Kandis?
Dikatakan mendapat 'restu' kuat daripada presiden parti, Mohd Zawawi menjadikan isu-isu 'lokal' seperti masalah sistem perparitan dan sampah selain pembangunan sebagai modal kempen.