NEW DELHI: Pendaki wanita dari Pakistan, Iran dan Lubnan telah mencipta rekod apabila berjaya menawan puncak K2, gunung kedua tertinggi di dunia.
Pendaki gunung terkenal Samina Baig, 32, mendaki Gunung K2 pada pagi Jumaat, lapor media Pakistan.
Gunung setinggi 8,611 meter di Banjaran Karakoram itu kurang kira-kira 200 meter berbanding Gunung Everest yang tertinggi di dunia.
Samina juga merupakan satu-satunya wanita pertama Pakistan yang telah mendaki Everest.
Afsaneh Hesamifard dari Iran dan Nelly Attar, warga Lubnan yang dibesarkan di Arab Saudi, juga menjadi wanita pertama dari negara masing-masing berjaya ke puncak K2.
Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan pendaki lelaki dan wanita dari beberapa negara yang cuba mendaki K2.
Seorang lagi wanita Pakistan daripada kumpulan pendaki itu, Naila Kiani juga berjaya ke puncak.
Pendakian K2 dianggap antara yang paling berbahaya di dunia kerana bentuk muka bumi dan cuacanya yang berbahaya.
Pendaki Afghanistan Ali Akbar Sakhi, yang merupakan sebahagian daripada pasukan ekspedisi, meninggal dunia semasa percubaan itu akibat serangan jantung, menurut laporan akhbar Dawn.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022
Pendaki gunung terkenal Samina Baig, 32, mendaki Gunung K2 pada pagi Jumaat. -Instagram/saminabaigofficial
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Bomba selamatkan pendaki wanita alami gastrik di Bukit Botak
Mangsa mengalami sakit perut kira-kira 20 minit dan mengadu tidak mampu berjalan ketika mendaki.
Pendaki wanita letih terkandas di Kem Berlumut, diselamatkan helikopter bomba
Wanita berusia 39 tahun itu bersama sekumpulan 21 orang pendaki lain memulakan ekspedisi mendaki pada 27 Julai lalu melalui Merapoh.
Pendaki wanita Pakistan, Iran, Lubnan catat rekod tawan puncak gunung K2
Pendaki wanita dari Pakistan, Iran dan Lubnan telah mencipta rekod apabila berjaya menawan puncak K2, gunung kedua tertinggi di dunia.
Pendaki Gunung Suku hanyut: Operasi SAR ditangguh ekoran hujan lebat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai, pada Ahad, ditangguhkan sementara berikutan hujan lebat.
Fenomena kepala air: Penyelamat jumpa separuh badan mangsa
Separuh tubuh manusia itu dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki pada Ahad.
Dua pendaki hilang di Gunung Suku dihanyut arus deras selepas ditimpa kepala air
Dua wanita yang hilang ketika mendaki Gunung Suku di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, pagi tadi, dihanyutkan arus deras selepas ditimpa kepala air.
Operasi mencari dua pendaki wanita hilang di Gunung Suku diperluas
Operasi mencari dan menyelamat dua wanita yang hilang ketika mendaki Gunung Suku pagi tadi, diperluaskan.
Cedera di betis, pendaki wanita gagal turun gunung
Seorang pendaki wanita gagal menuruni gunung selepas mengalami kecederaan di bahagian kaki semasa mendaki puncak gunung 701 yang merupakan puncak antara Gunung Tampin dengan Gunung Datuk, Rembau.
Enam wanita Malaysia misi tawan Gunung Elbrus selamat
Difahamkan, mereka masih berada di Pergunungan Elbrus bagi meneruskan misi itu yang membabitkan percubaan kedua.