WASHINGTON: Berpuluh-puluh penduduk di barat laut Washington, D.C. pada Ahad memberi penghormatan kepada pelajar sekolah di Uvalde, Texas, yang menjadi mangsa tembakan beramai-ramai, lapor Xinhua.
Penganjur meletakkan 21 kerusi kosong untuk 19 kanak-kanak dan dua guru yang terbunuh dalam kejadian tembakan Uvalde di perkarangan sebuah gereja tempatan.
Seorang wanita membacakan nama mangsa satu persatu, di hadapan penduduk yang menghadiri majlis peringatan itu pada tengah hari.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] 21 maut dalam insiden tembakan di sekolah rendah Texas
Presiden AS Joe Biden dan Wanita Pertama Jill Biden hadir ke Uvalde pada Ahad untuk bertemu dengan keluarga mangsa dan mangsa yang terselamat dalam insiden pembunuhan beramai-ramai itu.
Mereka juga melawat sebuah tugu peringatan yang dibina di luar Sekolah Rendah Robb - tempat kejadian tembakan ngeri yang berlaku pada Selasa lepas.
Seorang pegawai Texas pada Jumaat memberitahu pemberita bahawa polis tempatan membuat "keputusan yang salah" dengan menunggu hampir sejam untuk menyerbu bilik darjah sekolah di mana lelaki bersenjata berusia 18 tahun Salvador Ramos menembak kanak-kanak dan guru sebelum dia ditembak mati.
Hampir 20 pegawai berdiri di luar bilik darjah semasa serangan dan ketua pasukan keselamatan di tempat kejadian percaya pada masa itu bahawa penembak telah berhenti bertindak dan kanak-kanak itu tidak lagi berisiko, menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Awam Texas Steven McCraw.
Jabatan Kehakiman AS pada Ahad mengumumkan ia "akan menjalankan Siasatan Insiden Kritikal terhadap tindak balas penguatkuasa undang-undang terhadap kejadian di Uvalde."
"Ia bertujuan menyediakan pernilaian bebas akan tindakan penguatkuasaan undang-undang dan tindak balas pada hari itu, dan untuk mengenal pasti pengajaran dan amalan terbaik untuk membantu responden pertama bersedia dan bertindak balas terhadap peristiwa penembak aktif," kata jurucakap Anthony Coley dalam satu kenyataan.
"Seperti tindakan selepas kejadian Jabatan Kehakiman sebelum ini mengenai insiden tembakan dan insiden kritikal lain, penilaian itu akan adil, telus dan bebas," tambah Coley. "Jabatan Kehakiman akan mengeluarkan laporan mengenai kajian itu."
Amerika Syarikat menyaksikan beberapa kejadian tembakan besar-besaran di seluruh negara sejak beberapa minggu lalu menjelang ketibaan musim panas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Orang ramai meletakkan bunga serta alat permainan di tuju peringatan untuk 19 pelajar dan dua guru yang terkorban dalam insiden tembakan rambang di Sekolah Rendah Robb. - Foto REUTERS
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
DXB dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).
Bakal jemaah haji tidak ragu-ragu memilih TH
Berdasarkan reputasi dan kewibawaan menguruskan jemaah haji untuk tempoh yang lama, pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak ragu-ragu memilih TH menguruskan mereka secara muassasah bagi musim haji 1445H/2024M.
UAE masih bergelut selepas ribut
Emiriah Arab Bersatu (UAE) masih bergelut dalam proses pemulihan selepas dilanda ribut yang menyebabkan sebahagian besar aktiviti negara terhenti.
Dua kali tolak tawaran, suami isteri sabar menanti untuk ke Baitullah
Pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak sabar untuk menjadi tetamu Allah di Baitullah bagi musim haji 1445H/2024M, lebih-lebih lagi apabila dua kali menolak tawaran diberikan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini.
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar.
Polis lepaskan tembakan, pemandu kereta seludup 22 tong plastik petrol
Anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, sebelum bertindak mengejarnya.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Saya perlukan tujuh peguam mewakili saya - Suspek kes tembak di KLIA
Perintah reman terhadap suspek berusia 38 tahun terbabit dibuat di hadapan Majistret, Rais Imran Hamid.
Tembakan di KLIA: Farah Cie trauma, pengawal peribadi masih tak sedarkan diri
Farah Cie turut berkongsi keadaan terkini pengawal peribadinya yang masih tidak sedarkan diri.
Tembakan di KLIA: 'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman'
Kejadian yang berlaku pada pagi itu sudah pun terjadi dan dinasihat agar suspek terbabit tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Tembakan di KLIA: Suspek miliki tiga rekod jenayah lampau - Pengarah JSJ
Suspek mempunyai dua rekod lampau kerana ugutan dan satu lagi rekod kerana mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam.
Tembakan di KLIA: Beri ruang polis siasat, jangan timbulkan spekulasi
Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan berkaitan insiden tembakan di KLIA1.
Tembakan di KLIA: 'Tiada kaitan aktiviti keganasan' - KP Selangor
Kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi tiada kaitan dengan aktiviti keganasan.
'Nampak dua kelongsong peluru di lantai' - Saksi
Suasana panik tercetus ketika kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).
Tembakan di KLIA: Suspek dipercayai lari ke utara
Siasatan lanjut mendapati suspek sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ.