WASHINGTON: Kira-kira 200 warga asing, termasuk Amerika Syarikat, meninggalkan Afghanistan dalam penerbangan komersial dari Kabul pada Khamis yang mendapat kerjasama Taliban.
Ia merupakan penerbangan berskala besar yang pertama sejak pasukan Amerika Syarikat menyelesaikan pengunduran mereka minggu lalu.
Penerbangan Qatar Airways ke Doha menandakan kejayaan dalam penyelarasan antara Amerika Syarikat dan Afghanistan era baharu.
Selain Amerika Syarikat, beberapa warga lain termasuk Jerman, Hungary dan Kanada berada di dalam pesawat.
Menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Ned Price, penerbangan itu berjaya mendarat di Doha.
"Penerbangan hari ini melibatkan pesawat Qatar Airways dan ini merupakan langkah yang sangat dialu-alukan. Langkah-langkah tambahan itu juga akan disambut bukan hanya oleh Amerika Syarikat, tetapi oleh masyarakat antarabangsa.
"Terdapat juga warga negara ketiga yang lain dalam penerbangan ini. Tetapi maksud yang lebih luas adalah kita akan terus dan masyarakat antarabangsa akan terus meminta Taliban untuk bertanggung jawab atas komitmen awam dan swasta, dan komitmen yang telah dibuatnya secara tertutup bersama kita dan kepada sekutu kami bahawa mereka yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah yang ingin meninggalkan negara ini akan dapat melakukannya," katanya.
Kebuntuan beberapa hari mengenai pesawat sewa khas di lapangan terbang lain telah menyebabkan beratus warga Afghanistan terkandas menunggu kebenaran Taliban untuk berlepas.
Bagaimanapun tidak jelas berapa ramai warga Amerika Syarikat yang berada di dalam kapal terbang tersebut dan bilangan sebenar mereka yang masih berada di Afghanistan.
Price juga tak menafikan ada warga Amerika Syarikat yang enggan meninggalkan Afghanistan atas faktor keluarga besar dan kesihatan.
Astro Awani
Fri Sep 10 2021
Pesawat Qatar Airways dari Afghanistan tiba di Qatar. - Foto REUTERS/Nooman Ben Amor
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi kali ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
Indonesia sedia peruntukan AS$386 juta untuk penanaman semula kelapa sawit
Indonesia memperuntukkan AS$386 juta (AS$1=RM4.74) untuk penanaman semula kelapa sawit di 180,000 hektar ladang pekebun kecil tahun ini, menurut kementerian penyelaras hal ehwal ekonomi.
Melaka tunggu maklum balas 7 syarikat penerbangan komersial beroperasi di LTAM
Kerajaan negeri sedang menunggu maklum balas daripada tujuh syarikat penerbangan komersial untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam.
Siklon Mocha: ASEAN hantar satu lagi bantuan kemanusiaan ke Myanmar
ASEAN menghantar satu lagi bantuan kemanusiaan bernilai US$37,800 kepada Myanmar yang dilanda Siklon Mocha pada bulan lepas.
Penerbangan komersial pertama berlepas dari Kabul
Penerbangan Qatar Airways ke Doha menandakan kejayaan dalam penyelarasan antara Amerika Syarikat dan Afghanistan era baharu.
COVID-19: Tiada rancangan atur penerbangan bawa pulang warga AS di Malaysia - Kedutaan
Kerajaan Amerika Syarikat tidak berhasrat mengatur penerbangan menghantar pulang warganya di Malaysia buat masa ini.