Penjenayah perang pertama krisis Rusia-Ukraine didakwa

Agensi
Mei 13, 2022 14:02 MYT
Shyshimarin dituduh menembak kepala seorang warga emas berusia berusia 62 tahun itu melalui tingkap kereta yang terbuka di perkampungan Timur Laut Chupakhivka. - Foto AP
KIEV: Perbicaraan jenayah perang yang pertama sejak krisis Rusia-Ukraine bermula pada Jumaat di Kiev.
Ia melibatkan pendakwaan ke atas seorang tentera Rusia berusia 21 tahun.
Tertuduh, Sarjan Vadim Shyshimarin yang merupakan anggota unit kereta kebal itu ditangkap dan didakwa selepas menembak mati orang awam yang berbasikal semasa minggu pertama perang berlaku.
Dia dituduh menembak kepala seorang warga emas berusia berusia 62 tahun itu melalui tingkap kereta yang terbuka di perkampungan Timur Laut Chupakhivka.
Susulan itu, berdasarkan kanun jenayah dan adat perang Ukraine, lelaki itu berdepan hukuman penjara seumur hidup.
#Rusia #Ukraine #krisis #jenayah perang #Kiev