LOS ANGELES: Penumpang syarikat penerbangan American Airlines dilaporkan terganggu dengan bunyi ‘aneh’ yang keluar melalui sistem PA pesawat.

Salah seorang penumpang pesawat, Emerson Collins sempat merakam bunyi aneh itu dan kemudian memuatnaik video itu di TikTok yang ditonton oleh jutaan penonton.

Dalam hantaran itu, penumpang pesawat dari Los Angeles menuju ke Dallas berasa jengkel dengan gangguan bunyi nafas yang kuat.

“Seperti bunyi yang dihasilkan oleh hantu dalam mesin yang bersifat lucu pun ada,” tulis Collins di TikTok.

Tambahnya, bunyi yang kedengaran itu seolah masalah teknikal yang dirancang namun tidak dapat mengulas lanjut mengenainya.

Dalam masa sama, krew pesawat turut memohon maaf atas ‘masalah teknikal’ yang terpaksa dihadapi penumpang.


Jurucakap syarikat penerbangan, Sarah Jantz dalam satu kenyataan memaklumkan sistem interkom dalam pesawat disambungkan tanpa sebarang akses dari luar seterusnya bunyi yang kuat terhasil oleh enjin pesawat.