YAMANASHI: Roller-coaster di sebuah taman tema di jepun diarah tutup selepas beberapa penunggang dilaporkan mengalami patah tulang sewaktu menaikinya.

Do-Dodonpa, di Fuji-Q Highland yang terletak di wilayah Fujiyoshida berhampiran Gunung Fuji itu sememangnya antara roller-coaster terpantas di dunia.

Menurut pengurusan taman tema itu, ia boleh memecut dari sifar ke 180 kilometer sejam hanya dalam masa 1.5-6 saat.

Permainan roller-coaster itu bagaimanapun telah ditutup selepas sekurang-kurangnya empat penumpang patah tulang sejak Disember tahun lalu.

Laporan tempatan turut mendedahkan ada sembilan penumpang lain yang mengalami kecederaan lain selepas menggunakan permainan tersebut.

Fuji-Q Highland sebelum ini menjadi tumpuan selepas pengunjung yang menaiki roller-coaster diminta menjerit di dalam hati bagi mengelak penyebaran COVID-19.

BACA: COVID-19: Penunggang roller-coaster diminta senyap, hanya jerit dalam hati