Beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan utama di ibu kota Bangkok bagi menuntut supaya Perdana Menteri Yingluck Shinatwat berundur.

Penunjuk perasaan mendakwa kerajaan Thailand sekarang dikawal Abang Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang hidup dalam buangan di Dubai.

Semasa melakukan tunjuk perasaan mereka berarak ke beberapa pejabat kerajaan sambil meminta para pegawai menyertai rapat umum tersebut.

Antara lokasi yang disinggah ibu pejabat tentera dan lima stesen televisyen yang dikawal sama ada oleh tentera atau kerajaan.

Polis anti-rusuhan memasang penghadang bagi memastikan penunjuk perasaan tidak boleh melepasi pintu utama biro polis metropolitan.

Rapat umum pada Isnin menyusul sehari selepas kira-kira 100,000 orang berarak di Bangkok, protes terbesar oleh penentang Thaksin dalam tempoh beberapa tahun.

Kira-kira 90 orang terbunuh pada 2,010 apabila penyokong Thaksin menguasai beberapa kawasan di tengah Bangkok selama beberapa minggu sebelum kerajaan yang pada masa itu diketuai pembangkang sekarang meminta tentera bertindak.

Penyokong dan penentang Thaksin sejak beberapa lama berebut kuasa sejak rampasan pada 2006 yang menyingkirkan Thaksin.

Beliau dijatuhkan dalam protes rakyat yang menuduhnya rasuah dan tidak menghormati perlembangaan.

Thaksin hidup dalam buangan sejak lima tahun lalu dan mengelakkan hukuman penjara atas sabitan rasuah.