Penyanyi hamil 6 bulan maut ditembak peminat ketika persembahan

Agensi
April 12, 2018 11:47 MYT
Samina Samoon, 24, didakwa dibunuh suspek bernama Tarique Ahmed Jatoi dalam satu majlis perkahwinan setelah mangsa menolak ajakan untuk menari bersama. -Facebook/@SameenaSindhu
Seorang penyanyi di selatan Sindh, Pakistan ditembak mati hanya kerana enggan berdiri untuk melayan permintaan tetamu semasa persembahannya.
Samina Samoon, 24, didakwa dibunuh suspek bernama Tarique Ahmed Jatoi dalam satu majlis perkahwinan setelah mangsa menolak ajakan untuk menari bersama.
Menurut media tempatan, suspek yang dipercayai mabuk ketika kejadian berang apabila ajakannya ditolak.
Kejadian tersebut yang berjaya dirakam menyaksikan Tarique melempar wang kepada mangsa yang hamil enam bulan itu sebelum menembaknya.
Rakaman insiden tersebut dikongsi di platform Twitter milik seorang aktivis hak asasi manusia, Kapil Dev.

Samina Sindhu, a 6-month pregnant Sindhi singer, was shot dead in Larkana by Tariq Jatoi. He asked her for stand-up performance. On refusal, he threatened her. Later when she stood up, Jatoi fired bullets in her body. Now, Jatois are pressurising her husband to withdraw from case pic.twitter.com/Frey8w79lw

— Kapil Dev (@kdsindhi) April 11, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Samoon yang dikejarkan ke Hospital Chandka bagaimanapun gagal diselamatkan akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Laporan polis telah dibuat suami Samoon atas pembunuhan isteri dan anaknya yang masih dalam kandungan.
“Isteri saya yang sedang hamil enam bulan dan suspek perlu didakwa atas dua kesalahan membunuh.
“Samoon enggan menari kerana dia hamil tetapi suspek tetap membunuhnya kerana enggan menari,” kata suami mangsa, Ashiq Ali.
#bunuh #Hospital Chandka #mangsa #mati #Media #Pakistan #penyanyi hamil ditembak mati #Samina Samoon #suspek #Twitter