Panel suruhanjaya bebas antarabangsa yang dilantik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan laporan mengejutkan mengenai perang di Syria.

Berdasarkan laporan berkenaan, kedua-dua pihak bertelagah kini semakin berpuak dan radikal.

Selaras dengan perkembangan itu, suruhanjaya berkenaan menggesa masyarakat antarabangsa untuk menghentikan pembekalan senjata.

Pembangkang Syria juga diminta segera berhenti menggunakan khidmat pejuang asing.

Bagaimanapun, suruhanjaya itu berpendapat, pencabulan hak asasi lebih banyak dilakukan tentera kerajaan.

Namun, pembangkang sering menggadai keselamatan penduduk dengan beroperasi di kawasan awam sekali gus menjadikan mereka sebagai sasaran tentera kerajaan.

Kedua-dua pihak juga dikecam kerana menggunakan kanak-kanak dalam konflik itu.

Pasukan militia kerajaan didakwa menggunakan anggota di bawah 18 tahun manakala pembangkang melibatkan kanak-kanak bawah 15 tahun sebagai pejuang/

Laporan dikeluarkan di geneva itu dibuat berdasarkan temubual dengan 445 mangsa dan saksi perang di Syria.