PEMAIN bola sepak ternama dunia, Mohamed Salah menggesa komuniti antarabangsa untuk membantu membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

Dalam sebuah video yang diposkan di platform X, penyerang bola sepak Liverpool yang berasal dari Mesir itu berkata, "bantuan kemanusiaan ke Gaza mesti dibenarkan dengan segera" ke wilayah Palestin itu.

"Orang-orang di sana berada dalam keadaan yang sangat teruk. Apa yang dilihat di hospital semalam sangat mengerikan. Penduduk Gaza memerlukan makanan, air dan bekalan perubatan dengan segera," tambahnya.

"Saya menyeru pemimpin dunia untuk bersatu demi menghalang pembunuhan lebih ramai jiwa yang tidak bersalah. Kemanusiaan mesti menang." - Agensiy