Perang Palestin-Israel: Turki panggil balik duta di Tel Aviv

Astro Awani
November 4, 2023 13:20 MYT
Kementerian Luar Negeri Turki dalam kenyataan memaklumkan, Sakir Özkan Torunlar dipanggil pulang ke Ankara berikutan situasi kemanusiaan yang dihadapi penduduk di Semenanjung Gaza.
KUALA LUMPUR: Turki pada Sabtu memanggil pulang dutanya di Tel Aviv untuk rundingan berikutan serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.
Kementerian Luar Negeri Turki dalam kenyataan memaklumkan, Sakir Özkan Torunlar dipanggil pulang ke Ankara berikutan situasi kemanusiaan yang dihadapi penduduk di Semenanjung Gaza.
Selain itu, kenyataan yang dimuat naik di laman X itu menambah, tindakan tersebut dibuat kerana Israel menolak untuk melakukan gencatan senjata.
"Memandangkan tragedi kemanusiaan yang berlaku di Gaza yang disebabkan oleh serangan berterusan oleh Israel terhadap orang awam, dan penolakan Israel terhadap gesaan untuk gencatan senjata dan kemasukan bantuan kemanusiaan yang berterusan serta tanpa halangan, adalah diputuskan untuk memanggil semula Duta Besar kami di Tel Aviv, Sakir Özkan Torunlar ke Ankara untuk perundingan," demikian menurut kenyataan tersebut, hari ini.

Press Release Regarding Recalling of Our Ambassador in Tel Aviv, H.E. Mr. akir Özkan Torunlar, to Ankara for Consultations https://t.co/POmJwwXVg6 pic.twitter.com/KiRf0XqTfi

— Turkish MFA (@MFATurkiye) November 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Media antarabangsa melaporkan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak seruas Amerika Syarikat (AS) untuk melakukan gencatan senjata sementara, jika tiada pembebasan tebusan.
#Turki panggil balik duta di Tel Aviv #perang Palestin Israel #Angka korban perang Palestin #gencatan senjata