PEREKA dan usahawan fesyen terkemuka Itali, Nino Cerruti dilaporkan meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Agensi berita antarabangsa melaporkan, figura fesyen itu meninggal dunia di sebuah hospital di Piedmont, Itali selepas dimasukkan bagi menjalani pembedahan pinggul.

Sering mengenakan pakaian yang direkanya sendiri, Cerruti menyimpan banyak koleksinya di sebuah gudang milik datuknya yang diasaskan pada 1881.

Berpengalaman menghasilkan fabrik berkualiti digudang tekstil keluarganya, Cerruti menjejakkan kaki dalam perniagaan pakaian pada penghujung 1950an.

Beliau membuka butik pertamanya di Paris pada tahun 1967.

Pada tahun 1980an, beliau meluaskan empayarnya ke Hollywood dengan menghasilkan rekaan buat selebriti terkemuka termasuk Jack Nicholson, Michael Douglas, Sharon Stone, Julia Roberts dan Tom Hanks.