ANKARA: Perjuangan untuk menguasai wilayah Donbas di Ukraine diteruskan pada Isnin, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy.

"Situasi di Donbas sangat sukar," kata Volodymyr Zelenskyy dalam ucapannya, lapor Agensi Anadolu.

Bakhmut, Kreminna dan kawasan lain di Donbas kini memerlukan kekuatan dan tumpuan yang maksimum, katanya dalam video yang turut dikeluarkan di media sosial

Beliau menggesa rakyat Ukraine supaya bersedia menghadapi kemungkinan provokasi atau serangan peluru berpandu Rusia.

"Pertahanan udara sedang bersiap sedia, negara sedang bersiap sedia dan semua orang mesti bersedia. Sila beri perhatian kepada siren," kata beliau.

-- BERNAMA