HARI ini, BTS melakar sejarah selepas menjadi kumpulan K-pop pertama membuat pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden di White House, Washington. 

Ini apa anda perlu tahu berhubung pertemuan itu: 

• Perjumpaan bertujuan untuk berbincang tentang isu anti-Asia pada penghujung Mei.

• Sesi tersebut bersempena penutupan bulan warga Asia-Amerika dan Hawaii/Kepulauan Pasifik.

• Perbincangan di antara Biden dan BTS juga berkisar tentang kepentingan kepelbagaian individu dan inklusiviti serta BTS sebagai duta belia untuk menyebarkan mesej positif ke seluruh dunia

• BTS turut berkesempatan membuat rakaman kandungan bersama pasukan digital White House yang memaparkan lawatan mereka di White House.

• Pada Jun 2020, peminat BTS telah meraih dana sebanyak ASD1 juta dalam satu hari sempena kempen atas talian #MatchAMillion demi misi keadilan sosial – seiring dengan dana derma BTS kepada Black Lives Matter

• Lebih dari 300,000 menonton pertemuan di White House itu.

• White House sedang giat memanfaatkan kuasa selebriti untuk meraih perhatian kepada isu-isu penting

• Minggu lepas, White House telah menjemput penyanyi Selena Gomez untuk membawa fokus kepada isu kesihatan mental.