Seorang disahkan maut manakala lima yang lain berjaya diselamatkan pasukan pengawal pantai selepas kapal layar yang dinaiki hilang kawalan ketika melepasi perairan Pulau San Clemente, California.

Walaupun anak kapal sempat mengaktifkan peralatan sistem pengesan global (GPS), ribut yang melanda menyukarkan usaha pengawal pantai menyelamat dan menunda kapal layar yang rosak berkenaan.

Menurut penganjur kejohanan pertandingan “Island Race”, pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan peserta tersebut seperti menggunakan rakit penyelamat namun ianya tidak mendatangkan hasil.

“Sebaik pasukan pengawal pantai tiba, mereka menemui mangsa Craig Thomas Williams dalam keadaan tidak sedar diri,” kata jurucakap Island Race.

Bagaimanapun lima yang lain berjaya diselamatkan.