Pertemuan bersejarah! Trump dan Jong-un berjabat tangan

Agensi
Jun 12, 2018 02:03 MYT
Ini adalah pertemuan julung kali antara pemimpin utama negara Uncle Sam itu dengan Jong-Un.
Senyum sambil berjabat tangan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkongsi detik bersejarah dalam pertemuan julung kali dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
Sejurus jam 9 pagi, Trump dan Jong-un berjalan ke arah satu sama lain dan berjabat tangan sebelum Trump meletakkan tangannya di bahu Jong-un, ketika bergambar di hadapan barisan bendera AS dan Korea Utara di Hotel Capella di Pulau Sentosa, Singapura hari ini.
Kedua-dua pemimpin kemudian berjalan seiring ke arah laluan hotel tersebut, bercakap ringkas.
Ini adalah pertemuan pertama antara mana-mana pemimpin negara Uncle Sam dengan Korea Utara, yang sebelum ini mengamalkan sikap yang sangat tertutup.
Pertemuan bersejarah itu diharap dapat mengakhiri permusuhan tujuh dekad AS-Korea Utara serta menguburkan aktiviti senjata nuklear Pyongyang.
Kedua-dua pemimpin dijadual untuk mengadakan perbincangan tertutup kira-kira 45 minit sebelum disertai oleh para pembantu dan makan tengah hari.
BACA: Rundingan AS-Korea Utara 'bergerak lebih cepat daripada jangkaan' - White House
#Amerika Syarikat #AS #Donald Trump #Kim Jong-un #Korea Utara #nuklear #presiden #Pyongyang #Singapura