Hubungan 'tidak dapat dipisahkan' antara Malaysia dan Thailand bakal dipereratkan lagi menerusi perundingan tahunan keenam yang baru berakhir antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha.
Hubungan dua hala antara kedua-dua negara, yang berkongsi sempadan udara, laut dan darat, telah lama terjalin sejak hubungan diplomatik dipupuk 59 tahun lalu.
Najib, pada sidang media bersama-sama dengan Prayut pada akhir perundingan itu, berkata masa depan Malaysia dan Thailand, selaku jiran terdekat, saling berkaitan.
"Masa depan kedua-dua negara kita tidak dapat dipisahkan," katanya dan menurutnya Kuala Lumpur dan Bangkok telah bersetuju untuk meningkatkan usaha dalam melaksanakan persetujuan yang dicapai pada perundingan itu.
Najib turut memetik ungkapan perdana menteri ketiga Malaysia, Tun Hussein Onn, bagi menggambarkan keakraban hubungan dua hala - seperti dua bersaudara yang minum air daripada telaga yang sama - yang disambut tepukan gemuruh oleh kalangan menteri dan pegawai kedua-dua negara.
Kedua-dua perdana menteri turut meminta menteri dan pegawai kerajaan masing-masing untuk saling bekerjasama dalam melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil pada perundingan itu.
Kedua-dua pemimpin juga menegaskan persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pihak pada perundingan itu perlu dilaksanakan segera untuk mencapai hasil yang diinginkan.
Perundingan tahunan pada tahun ini, yang diadakan di pusat pemerintahan Thailand, Rumah Kerajaan yang bersejarah, membabitkan dua teras -- isu keselamatan dan ekonomi.
Delegasi Malaysia mengulangi komitmen negara untuk membantu Thailand mencapai keamanan dan kestabilan di wilayah selatan yang bergolak.
Kuala Lumpur, kata Najib, akan terus memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses damai antara Bangkok dan kumpulan militan atau rakyat Thailand merujuk kumpulan itu sebagai "pihak yang berbeza pandangan dengan kerajaan".
"Kami mengulangi komitmen kami (Malaysia)," kata Najib, namun menurutnya konflik di selatan Thailand adalah hal ehwal dalaman Thailand dan peranan Kuala Lumpur untuk mencari penyelesaian terhadap masalah itu adalah berpandukan kepada garis panduan dan rangka kerja Bangkok.
Namun, katanya adalah penting untuk mewujudkan lebih banyak langkah membina keyakinan di selatan Thailand untuk meningkatkan kepercayaan antara pihak-pihak terbabit.
Malaysia juga akan menyediakan latihan vokasional untuk golongan belia di selatan dan membantu Thailand mendirikan sekolah-sekolah agama yang menggabungkan kecemerlangan akademik seperti diminta oleh Prayut, kata Najib.
Katanya Prayut dan beliau juga bersetuju untuk bekerjasama lebih erat lagi dalam menangani kegiatan keganasan, pemerdagangan manusia, jenayah rentas sempadan dan ekstremisme ganas yang semakin meningkat di seluruh dunia.
Agensi-agensi keselamatan di Malaysia dan Thailand, katanya perlu bekerjasama rapat kerana "sesetengah pelaku (pengganas) bergerak di antara kedua-dua negara kita".
Beliau berkata perkongsian risikan oleh pasukan keselamatan kedua-dua negara perlu ditingkatkan lagi supaya individu yang disasarkan dapat ditangkap, diekstradisi dan diusir.
Bagi aspek ekonomi, selain menggesa pergiatkan usaha bagi meningkatkan perdagangan dua hala daripada AS$22 bilion setahun ketika ini kepada AS$30 bilion pada 2018, kedua-dua negara juga bersetuju untuk menyegerakan projek-projek yang akan mempermudahkan lagi pergerakan antara rakyat.
Najib dan Prayut bersetuju pembinaan jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok dan Pengkalan Kubor-Takbai dipercepatkan bagi membolehkannya siap pada pertengahan tahun depan daripada jadual asal pada 2018.
Kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk menyegerakan projek pembesaran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, menekankan bahawa ia merupakan pintu masuk penting bagi perdagangan sempadan antara kedua-dua negara.
Satu lagi keputusan penting yang dapat meningkatkan lagi hubungan ekonomi dan antara rakyat kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi ialah persetujuan untuk
mengadakan kajian kemungkinan mengenai projek kereta api laju antara Kuala Lumpur dan Bangkok.
Menurut Najib, projek itu, sekiranya mendapat persetujuan untuk dilaksanakan nanti, akan dapat merapatkan lagi hubungan rakyat kedua-dua negara serta meningkatkan lagi ekonomi mereka. Ia dilihat bakal melengkapi projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura.
Bernama
Mon Sep 12 2016
Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha. - Foto BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Abhisit Vejjajiva letak jawatan sebagai pemimpin Demokrat
Abhisit Vejjajiva meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Demokrat selepas partinya gagal mencapai sasaran 100 kerusi pada keputusan awal pilihan raya umum Thailand, pada Ahad.
PM terima sambutan hormat kerajaan Thai
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi sambutan hormat oleh kerajaan Thailand di Bangunan Pentadbiran Kerajaan di sini, hari ini.
Hina raja Thai: BBC berdepan tindakan undang-undang
Organisasi media di negara ini termasuk milik asing akan berdepan tindakan jika mereka melanggar undang-undang Thai, kata Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha hari ini.
Perundingan tahunan perkukuh hubungan Malaysia-Thailand
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masa depan Malaysia dan Thailand, selaku jiran terdekat, saling berkaitan.
Tiada maklumat mengenai kemasukan pengganas Daesh ke Thailand - PM
Pihak berkuasa Thailand telah meningkatkan pemantauan di Bangkok dan sempadan negara itu susulan serangan bom di Jakarta pada Khamis.