Niat seorang lelaki Malaysia yang sedang menjalani hukuman untuk pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Iskandar Muda, Banda Aceh tidak kesampaian kerana helahnya menunjukkan surat cuti bersyarat digagalkan pihak imigresen, lapor portal berita Kompas.
"Memang mengikut prosedur yang ada, kami tetap memeriksa setiap penumpang yang akan keluar dari Aceh. Kami mengenal pasti seseorang bernama Mat Saad Desa yang memiliki dokumen imigrasi yang tamat tempoh," ujar Ketua Pejabat Imigresen Kelas IIA Banda Aceh, Adhar.
Mat Saad pada awalnya hendak berangkat pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat penerbangan AirAsia. Namun, ketika petugas memeriksa dokumen perjalanannya, didapati bahawa pasport yang digunakan telah melebihi tempoh lawatan yang dibenarkan.
Ketika ditahan, dia telah menunjukkan surat cuti bersyarat yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Pemasyarakatan (LP) Bireuen.
"Berdasarkan surat itulah kita ketahui bahawa dia berstatus orang yang sedang menjalani hukuman. Setelah ditenteramkan akibat penahanan itu, dia selanjutnya dibawa ke pejabat Imigresen Banda Aceh," jelasnya.
Sebenarnya, menurut Adhar, undang-undang pemberian cuti bersyarat itu sama sekali tidak membenarkan seeorang yang sedang menjalani hukuman meninggalkan negara.
Setelah beberapa jam ditahan di pejabat imigresen itu, dua orang petugas LP Bireun telah datang menjemput Mat Saad. Ketua LP Bireuen, Irvan, telah mengesahkan perkara tersebut.
"Lelaki itu sudah berjumpa saya dan mengatakan bahawa dia ikhlas menerima apapun hukuman akibat tindakan tersebut," ujarnya.
Menurut Irvan, Mat Saad mengaku tidak mengetahui bahawa cuti bersyarat tersebut tidak membolehkannya ke luar negara.
"Dia ini memiliki ramai saudara di Bireuen dan dia dibawa oleh keluarganya," kata Irvan.
Mat Saad ditangkap tujuh bulan lalu atas kesalahan memiliki dadah dan dihukum penjara selama setahun. Dia juga telah mengajukan cuti izin bebas ke Ketua Pengarah Pemasyarakat di Jakarta.
Astro Awani
Wed Oct 22 2014
Surat cuti bersyarat tidak membolehkan seseorang pesalah meninggalkan negara tempat ia menerima hukuman.
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Demi cinta, sanggup curi peti sejuk nak bayar ansuran motor kekasih
Seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai mencuri peti sejuk dan mesin basuh di sebuah rumah, gara-gara mahu membantu membayar duit ansuran kekasihnya.
Tentera laut Indonesia tunda bot pelarian Rohingya ke pelabuhan terdekat
Indonesia yang pada awalnya mahu menghantar pulang bot itu, memutuskan untuk membenarkan pelarian mendarat atas dasar kemanusiaan.
Ulama di Aceh mahu pemain PUBG dihukum sebat
Golongan yang aktif dengan permainan PUBG dianggap telah melanggar syariat Islam di Aceh.
300 pelarian Rohingya ditemui di Aceh
Menurut pihak berkuasa, kumpulan itu tiba di Pantai Ujong Blang dengan sebuah kapal.
Majlis ulang tahun ke-15 memperingati bencana tsunami Aceh
Walaupun sudah 15 tahun berlalu, pasti ramai yang tidak dapat melupakan kejadian bencana alam tsunami di Aceh yang meragut lebih 230,000 nyawa di beberapa negara.
"Kenapa tidak bangkit isu Aceh? Saya menolong orang Islam"- Ramasamy
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy menegaskan bahawa beliau bukan anggota kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Beginilah peta Semenanjung sekiranya...
Malaysia telah wujud sebagai sebuah negara berdaulat dan negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu selama lebih 60 tahun.
Enam pasangan disebat akibat kantoi berkhalwat
Enam pasangan dijatuhkan hukuman sebat di khalayak ramai kerana menjalinkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan di wilayah Aceh pada Isnin.
Tiket pesawat mahal, warga Aceh terbang ke KL dulu sebelum ke Jakarta
Peningkatan harga tiket penerbangan domestik yang naik berkali ganda mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penumpang.
Kalau dah jodoh tak ke mana, perawan 60 tahun temui 'pucuk muda'
Usia ternyata bukan penghalang cinta, begitulah yang terjadi apabila seorang perawan berusia 60 tahun menikahi suaminya yang jauh lebih muda.