Pesawat Hercules tentera Indonesia terhempas di Medan, 45 disahkan maut

Astro Awani
Jun 30, 2015 08:11 MYT
Pihak berkuasa belum dapat mengetahui punca pesawat itu hilang kawalan lalu terhempas mahupun jumlah korban, namun usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan. - Foto EPA
Sekurang-kurangnya 45 orang telah disahkan terkorban dalam nahas pesawat Hercules milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang jatuh terhempas di perkampungan di Simalingkar, Medan, Sumatera Utara pada Selasa.
Ketua Hubungan Masyarakat Polis Daerah Sumatera Utara, Helfi Assegaf memberitahu bahawa pesawat dengan kod penerbangan A1310 itu membawa sekumpulan anak kapal yang mahu bertukar giliran tugas secara berpasukan.
"Lebih kurang 50 orang terlibat dalam penggiliran tugas tersebut," kata Helfi.
Terdahulu, Ketua Polis Medan Mardiaz Dwihananto menegsahkan tentang penemuan beberapa mayat yang dikeluarkan dari bangkai pesawat dan dari bawah runtuhan bangunan di kawasan nahas.
Lokasi pesawat itu jatuh terhempas tidak jauh daripada Pangkalan Udara Soewondo atau dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Polonia Medan, lapor portal berita negara itu.
Pesawat itu berangkat pada jam 12.08 tengah hari waktu tempatan dari pangkalan udara berkenaan dan terhempas dua minit kemudian selepas melalui jarak lima kilometer.
“Pesawat berkenaan digunakan dalam urusan logistik TNI. Belum dipastikan berapakah jumlah mangsa. Selain juruterbang, pesawat itu turut membawa kru lain,” kata jurucakap tentera Fuad Basya.
Fuad juga berkata Komander TNI Jeneral Moeldoko telah mengarahkan Ketua Angkatan Udara supaya sebuah siasatan dijalankan berkaitan nahas tersebut.
Setakat ini gambar mengenai kemalangan itu banyak disebarkan ke media sosial, termasuk yang menunjukkan fiuslaj pesawat yang masih terbakar dan menyelubungi kawasan sekitar dengan asap hitam. Beberapa bangunan di kawasan nahas juga musnah.

Beberapa #Ruko ikut terbakar setelah Pesawat Hercules TNI jatuh di jalan #JaminGinting Km. 10 #PadangBulan #Medan pic.twitter.com/tdPMDvqd87

— Medan 911 (@medan911) June 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pihak berkuasa belum dapat mengetahui punca pesawat itu hilang kawalan lalu terhempas mahupun jumlah korban, namun usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan.
Seorang saksi di tempat kejadian juga memberitahu dia melihat sendiri bagaimana pesawat itu jatuh menjunam lalu memusnahkan beberapa buah rumah penduduk di kampung tersebut.
Selain mengorbankan nyawa, tragedi itu turut mengakibatkan beberapa bangunan rumah kedai di kompleks Gardenia Residence musnah dan terbakar.

@RadioElshinta @SindotrijayaFM Api sudah mulai Padam..namun korban belum keliatan pic.twitter.com/wjxqLbCWbW

— WAHYUDI (@Yudi_Lands) June 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Hercules Timpa Fortuner, Satu Korban Dilarikan ke RS http://t.co/N4AE8z9vic pic.twitter.com/yPYAMnti2v

— Sumut Actual News (@SumutActual) June 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebuah pesawat TNI jenis Hercules jatuh di Kelurahan Mangga, Padang Bulan, Medan (30/6/2015) siang pic.twitter.com/N7U1haskAk

— Suku Karo (@karobukanbatakk) June 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Hercules #Medan #terhempas #TNI