Pfizer dakwa pil COVID-19 keluarannya mampu kurangkan kemasukan ke hospital

Astro Awani
November 6, 2021 00:25 MYT
Sekiranya diluluskan pihak kawal selia perubatan, Paxlovid bakal menjadi unsur pertahanan untuk mengekang virus, selain vaksin dan rawatan lain. - Foto REUTERS
KAPSUL antiviral COVID dibangunkan pfizer menunjukkan ia berupaya mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian dalam kalangan golongan rentan sehingga 89%.
Hasil ujian klinikal ke atas kapsul Paxlovid ini didedahkan sehari selepas pihak kawal selia ubat-ubatan United Kingdom (UK) meluluskan kapsul dengan fungsi sama dari Merck.
Menurut Pfizer, ia menamatkan ujian klinikal ke atas Paxlovid, susulan keputusan awal yang sangat positif.
Paxlovid bagaimanapun belum mendapat kelulusan pihak kawal selia perubatan.
Sekiranya diluluskan, Paxlovid bakal menjadi unsur pertahanan untuk mengekang virus, selain vaksin dan rawatan lain.
Menurut Pfizer, ia merancang mengemukakan keputusan awal ujian untuk pilnya kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS).
Dengan perkembangan ini, UK dan AS dilaporkan sudah menempah ratusan ribu kapsul Paxlovid tersebut.
#COVID-19 #paxlovid #Pfizer #pil