Pihak berkuasa Sri Lanka mengerahkan 300 pengawal pantai dan pasukan tentera bagi membersihkan kawasan pantai berikutan tumpahan minyak di Uswetakeiyawa, sebuah bandar pesisir utara Colombo pada Isnin.

Kebocoran dilaporkan berlaku pada malam Sabtu dalam saluran paip sebuah kapal tangki yang membawa muatan minyak.

Kebocoran menyebabkan kawasan permukaan laut seluas dua kilometer dilitupi minyak dan pasir pantai turut bertukar hitam.

Kebocoran, bagaimanapun telah berhenti namun tugas pembersihan dijangka memakan masa dua atau tiga hari lagi.