Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatannya dari India Narendra Modi atas kemenangannya dalam beberapa pilihan raya negeri.

"Saya menghubungi PM @narendramodi untuk mengucapkan tahniah atas kemenangannya dalam beberapa pilihan raya negeri. Saya menaruh harapan untuk melakukan lawatan ke India," kata Najib menerusi posting beliau dalam laman Twitter.

Pilihan raya negeri diadakan dari 4 Feb hingga 8 Mac di Uttar Pradesh, Punjab, Goa, Uttarakhand dan Manipur sementara pengiraan undi dijalankan pada 11 Mac.

Perdana Menteri India itu telah melawat Malaysia pada November 2015.

Malaysia dan India menjalin hubungan rapat ketika New Delhi berusaha untuk meningkatkan keterlibatannya dengan Asia Tenggara sebagai sebahagian daripada doktrin "Akta Timur" Modi". -- Bernama