LOS ANGELES: Polis mengeluarkan poster suspek dikehendaki untuk suspek kes tembakan maut yang mengorbankan 10 orang di sebuah premis perniagaan di Monterey Park, Los Angeles pada Sabtu.

Penembak yang masih bebas 12 jam selepas serangan dipercayai seorang lelaki berketurunan Asia berusia antara 30 dan 50 tahun.

Imej pada poster suspek diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Bagaimanapun identiti suspek dan motif serangan masih tidak diketahui.

Pihak berkuasa turut menyiasat kaitan serangan itu dengan satu lagi serangan di dewan tari berhampiran selang 20 minit selepas kejadian.

Bagaimanapun suspek melarikan diri selepas senjatanya dirampas orang awam dan tiada kecederaan dilaporkan.

Kejadian tembakan yang mengorbankan sekurang-kurangnnya 10 orang itu berlaku kira-kira jam 10 malam Sabtu ketika ribuan penduduk sedang meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di Monterey Park, Amerika Syarikat (AS).

Monterey Park ialah sebuah bandar di daerah Los Angeles, California yang didiami 60,000 komuniti Asia dan menjadikannya kawasan komuniti Asia terbesar di AS.