BANGKOK: Polis Thailand mempertahankan tindakan anggotanya menggunakan kekerasan untuk menyuraikan penunjuk perasaan antikerajaan di Persimpangan Din Daeng, Bangkok pada Selasa, tempat yang sama berlaku pertempuran pada Sabtu.
Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan, Leftenan Jeneral Pakapong Pongpetra berkata polis memutuskan untuk menggunakan gas pemedih mata, semburan air dan peluru getah terhadap penunjuk perasaan demi memastikan keselamatan orang ramai dan mengelak 'lebih banyak kerosakan'.
"Jika kita tidak (guna kekerasan), mungkin lebih banyak kerosakan berlaku. Semua tindakan yang kita gunakan bertujuan untuk mengawal tunjuk perasaan," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Pada hari sama, Mahkamah Awam Thailand menolak petisyen yang difailkan wartawan dan jurugambar yang terkena peluru getah ketika melaporkan demonstrasi di Bangkok bulan lalu.
Mahkamah menolak permohonan itu dengan alasan langkah itu diperlukan di bawah perintah darurat, lapor Thai PBS.
Namun, mahkamah mengarahkan pegawai polis untuk lebih berhati-hati.
Protes anjuran United Front of Thammasat and Demonstration itu mengulangi permintaan mereka agar Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha meletak jawatan kerana kelemahan kerajaan menangani situasi COVID-19 dan pengurusan vaksin yang perlahan.
Pakapong berkata, seramai 48 orang telah ditahan termasuk 15 remaja, dan 122 motosikal dirampas.
Kumpulan antikerajaan dan gerakan mahasiswa mengadakan lebih banyak tunjuk perasaan untuk menuntut perdana menteri berundur ketika Thailand bergelut dengan pandemik COVID-19.
Sementara itu, kes COVID-19 Thailand telah mencecah angka 800,000 selepas 21,038 lagi kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
Sebanyak 207 kematian dilaporkan menjadikan jumlah korban meningkat kepada 6,795 sejak virus dikesan Januari tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 11 2021
Polis memutuskan untuk menggunakan gas pemedih mata, semburan air dan peluru getah terhadap penunjuk perasaan demi memastikan keselamatan orang ramai. - REUTERS
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.