Seorang pramugari di Amerika Syarikat mendakwa dia digantung tugas selepas keengganannya menghidangkan minuman keras.

Demi mendapatkan pekerjaannya semula, Charee Stanley, yang merupakan pramugari ExpressJet, memfailkan aduan berasaskan dakwaan diskriminasi.

Pihak pengurusan syarikat penerbangan itu pada mulanya meminta Stanley mengambil cuti tanpa gaji selepas wanita itu meminta agar jadual kerjanya disusun tanpa perlu menghidangkan alkohol.

Namun Stanley kemudiannya diberitahu perkhidmatannya akan ditamatkan.



Tiada penjelasan daripada ExpressJet buat masa ini.

Peguam yang mewakili Stanley, Lena Masri, berkata seseorang individu tidak sepatutnya perlu memilih di antara kerjaya dan agama.

Stanley, 40, mula bertugas dengan ExpressJet tiga tahun lalu. Dia memeluk Islam setahun kemudian. Difahamkan, dia baru sahaja mendapat tahu tentang larangan menghidangkan alkohol tahun ini.