Presiden Korea Selatan Park Geun-hye mengekalkan khidmat peguamnya bagi berdepan siasatan pihak pendakwa raya mengenai skandal yang melingkari pentadbirannya, kata satu kenyataan dari pejabatnya.
Park kini berusaha menangani krisis kepresidenan itu, susulan dakwaan yang mengatakan bahawa seorang teman rapat menggunakan kedudukannya untuk campur tangan dalam urusan kerajaan dan mengumpul pengaruh.
Park merupakan Presiden Korea Selatan yang pertama akan disiasat dalam kes jenayah ketika masih memegang jawatan
Peguam Park, Yoo Yeong-ha, yang merupakan bekas anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan, akan berunding dengan pihak pendakwaan dalam siasatan itu.
Yoo memberitahu, pertanyaan dan rundingan itu perlu dilakukan secara ringkas kerana dia memerlukan masa untuk menilai kes terlebih dahulu. Lagipun menurutnya, tidak sesuai untuk menyoal siasat Presiden, kecuali dalam kes khianat kepada negara.
Bagaimanapun, Yoo berkata, Park berjanji akan menyediakan masa yang sesuai untuk tujuan siasatan.
Awal bulan ini, Park menyatakan bahawa pihak pendakwaan perlu menjelaskan duduk perkara dan setiap individu yang terlibat perlu bertanggungjawab termasuk dirinya, jika didapati bersalah.
Park sebelum ini dikritik susulan cara peentadbirannya menangani kes tragedi feri karam pada 2014, dan penularan wabak maut Sindrom Respiratori Asia Barat pada tahun berikutnya. Namun, skandal terkini telah mencetus protes besar-besaran dan menjadi cabaran terbesar dalam penggal pentadbirannya.
Ratusan ribu telah berarak di Seoul pada Sabtu untuk mendesak Park meletakkan jawatan.
Pihak pendakwa raya turut menyiasat Choi Soon-sil, 60, yang dikatakan menggunakan hubungan rapat dengan Presiden untuk memeras sumbangan dari syarikat-syarikat besar seperti Samsung hinggalah kepada yayasan bukan berasaskan keuntungan, yang ditubuhkannya demi kepentingan peribadi.
Agensi
Tue Nov 15 2016
Park berjanji akan mencari masa yang sesuai untuk disoal siasat. - Gambar fail
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Ribuan berarak di Perancis berhubung keganasan terhadap wanita susulan kes rogol
Kesatuan sekerja CGT melaporkan 100,000 peserta hadir dalam protes pada Sabtu, termasuk 80,000 di Paris.
DPR patuh keputusan Mahkamah Konstitusi untuk Pilkada 2024, pindaan RUU dibatalkan
Ia susulan permohonan Semakan Kehakiman oleh Parti Buruh dan Parti Gelora tetap akan berkuat kuasa semasa pendaftaran calon pada 27 Ogos.
PM Bangladesh Hasina mendarat di India ketika tentera umum kerajaan peralihan
PM Bangladesh, Sheikh Hasina mendarat di pangkalan tentera udara di India pada petang Isnin, selepas beliau melarikan diri dari negaranya.
Syarikat penerbangan India gantung penerbangan ke Bangladesh selepas Hasina larikan diri
Syarikat penerbangan India gantung penerbangan ke Bangladesh selepas Sheikh Hasina meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan melarikan diri dari Dhaka pada Isnin.
Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu
Demonstrasi yang dilakukan hampir setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik atau menjatuhkan Netanyahu.
12 individu, penganjur 'Demo Rakyat Lawan Anwar' dipanggil rakam keterangan
Seramai 12 individu termasuk penganjur akan dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung himpunan 'Demo Rakyat Lawan Anwar' di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu.
Polis Indonesia izinkan pihak tidak puas hati hasil Pemilu 2024 turun ke jalanan
Keizinan itu bagaimanapun dengan syarat tegas iaitu protes yang dibuat tidak libatkan kekasaran, merosak harta benda awam atau aksi ganas.
10,000 sertai demonstrasi untuk Gaza di Belgium
Kumpulan besar penunjuk perasaan ini berkumpul di hadapan stesen kereta api Brussels-Utara dan berarak ke dataran Place Jean Rey.
Demonstrasi bantah serangan Israel di Gaza diadakan di seluruh Eropah
Masyarakat di seluruh Eropah terus menyatakan solidariti mereka terhadap Palestin dan mengutuk serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza.
14 maut letupan kilang bunga api
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam letupan di dua kilang membuat mercun di Tamil Nadu, India pada Selasa.