Presiden Mexico Lopez Obrador positif COVID-19

Agensi
Januari 25, 2021 02:01 MYT
Presiden Mexico, Lopez Obrador didapati positf COVID-19 namun beliau menyatakan keadaannya tidak serius. - Foto REUTERS
MEXICO CITY: Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador memaklumkan pada Ahad beliau telah didapati positif COVID-19 dan kini sedang menjalani rawatan.
Beliau turut menyatakan keadaannya tidak serius.
Negara berkenaan sedang berdepan gelombang kedua pandemik tersebut dan jumlah angka kematian menghampiri 150,000 kes.
"Seperti biasa, saya berfikiran positif," kata Lopez Obrador, 67, yang masih tidak mahu memakai pelitup muka.
Dalam muat naik terbaharu di akaun Twitter miliknya, Lopez Obrador berkata ketika beliau menjalani rawatan, segala urusan rasmi kerajaan akan dijalankan oleh Menteri Dalam Negeri.

Lamento informarles que estoy contagiado de COVID-19. Los síntomas son leves pero ya estoy en tratamiento médico. Como siempre, soy optimista. Saldremos adelante todos. Me representará la Dra. Olga Sánchez Cordero en las mañaneras para informar como lo hacemos todos los días.

— Andrés Manuel (@lopezobrador_) January 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun beliau masih akan mengadakan pertemuan secara dalam talian bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin yang dijadualkan pada Isnin.
Kerajaan Mexico mengumumkan awal bulan ini ia bakal mendapat bekalan 12 juta dos vaksin Sputnik V dari Rusia dan penghantaran pertama dijangka akan tiba dalam beberapa minggu lagi.
Kerajaan juga mensasar untuk memberi 7.4 juta dos vaksin Sputnik V pada akhir bulan Mac.
#COVID-19 #positif #presiden Mexico #Andres Manuel Lopez Obrador #Sputnik V #vaksin