Konflik di Ukraine yang memasuki bulan ketiga mungkin akan berakhir tidak lama lagi. Ia susulan persetujuan yang berjaya dimeterai antara Presiden Viktor Yanukovych dan pemimpin pembangkang.

Dalam kenyataan di laman web rasmi Presiden, ia memaklumkan pertemuan antara presiden dan tiga pemimpin pembangkang berjaya menghasilkan satu konsensus.

Kesemua pihak terlibat bersetuju untuk satu perjanjian dan memulakan proses rundingan untuk menamatkan pertumpahan darah, serta memulihkan kestabilan di negara terbabit.

Pemimpin pembangkang, Arseny Yatseniuk memaklumkan, keutamaannya adalah untuk menyelamatkan nyawa.

Dalam perkembangan berkaitan, Yanukovych memecat Ketua Tentera Kolonel Jeneral Volodymyr Zamana.

Pemecatan dibuat selepas bantahan anti kerajaan semakin memburuk dan mengorbankan 26 nyawa pada Rabu.

Pihak berkuasa dilaporkan bersedia melancarkan operasi besar-besaran untuk mengekang bantahan.

Tempat Zamana kemudian digantikan dengan Laksamana Tentera Udara, Yuriy Ilyin atas dekree Presiden.