Presiden Sri Lanka beri pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Krismas

Bernama
Disember 24, 2023 14:29 MYT
Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe memberikan pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Hari Krismas. - Gambar fail/REUTERS
COLOMBO: Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe memberikan pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Hari Krismas, kata jurucakap Jabatan Penjara Gamini B. Dissanayake pada Ahad, lapor Xinhua.
Dissanayake berkata banduan itu terdiri 989 lelaki dan 15 perempuan.
Mereka akan dibebaskan pada 25 Dis.
-- BERNAMA
#Presiden Sri Lanka #Ranil Wickremesinghe #pengampunan #banduan #Krismas