ANKARA: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengadakan pertemuan dengan pemimpin Jerman, Itali, Perancis dan Romania di ibu negara Kyiv pada Khamis dan membincangkan mengenai perang dengan Rusia.
"Hari yang sibuk. Mesyuarat penting," lapor Agensi Anadolu memetik perkongsian Zelensky di akaun Telegramnya.
"Gembira bertemu Presiden Perancis Emmanuel Macron, Canselor Jerman Olaf Scholz, Perdana Menteri Itali Mario Draghi dan Presiden Romania Klaus Iohannis di Kyiv!"
"Kami menghargai solidariti anda dengan negara dan rakyat kami," tambahnya.
Zelenskyy di Facebook menegaskan bahawa "kekuatan utama dan senjata paling berkesan" mereka adalah penyatuan.
"Rakyat Ukraine hari ini berada di barisan hadapan memerangi serangan Rusia. Tetapi mereka tidak bersendirian. Dan ini dibuktikan dengan lawatan Emmanuel Macron, Olaf Scholz, Mario Draghi dan Klaus Iohannis ke Kyiv hari ini."
Dalam pertemuan itu, para pemimpin berbincang untuk pelanjutan dan pengukuhan pertahanan Ukraine, sokongan ekonomi untuk Ukraine dan pembinaan semula selepas perang serta respons terhadap krisis makanan dan tindakan sekatan selanjutnya ke atas Rusia, tambah Zelenskyy.
"Perhatian khusus diberikan kepada masa depan Eropah dan integrasi Eropah di negara kita," katanya.
Zelenskyy juga menggesa Kesatuan Eropah untuk menyegerakan penyertaan Ukraine ke blok itu.
"Status Ukraine sebagai calon EU daripada segi sejarah boleh mengukuhkan kebebasan di Eropah dan menjadi satu daripada keputusan penting Eropah pada awal abad ke-21. Saya percaya keputusan itu akan menjadi satu pencapaian bersejarah," katanya.
Zelenskyy juga berterima kasih kepada Macron, Scholz, Draghi dan Iohannis atas pertemuan itu, sambil menyatakan bahawa mereka sedang bersedia untuk "keputusan penting baharu untuk mengukuhkan Ukraine dan mengukuhkan keselamatan di Eropah."
Selepas perbincangan itu, para pemimpin mengadakan sidang media bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Zelenskyy di Facebook menegaskan bahawa "kekuatan utama dan senjata paling berkesan" mereka adalah penyatuan. - Gambar fail
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
[TERKINI] Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Pemilik akaun X hantar komen jelik didakwa pada Jumaat
Pemilik Akaun platform X, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Taaiping, Perak pada Jumaat.
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Pemimpin China, Jerman bincang krisis Ukraine
Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz di Wisma Tetamu Diaoyutai Beijing.
Euro 2024: Ukraine sah layak selepas hambat Iceland
Pemain Chelsea, Mykhailo Mudryk adalah wira perlawanan untuk Ukraine.
'Jangan pilih kasih perang di Gaza dan Ukraine' - PBB
Guterres menggesa gencatan senjata di Gaza selain perang di Ukraine mengikut undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.
Ramai rakyat Rusia masih setia kepada Putin
Di sebalik perang di Ukraine, Presiden Russia, Vladimir Putin dijangka kekal mentadbir buat penggal kelima di republik itu.
Ukraine sasar hubungan dagang lebih kukuh dengan Malaysia
Terdapat potensi besar kerjasama kedua-dua pihak terutama dalam industri pertanian dan agromakanan, AI dan teknologi sistem keselamatan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ukraine sambut Krismas pada 25 Disember buat pertama kali
Ia dilihat sebagai penghinaan kepada Rusia dan Gereja Ortodoks Rusia yang mengikuti kalendar Julian era Rom untuk majlis keagamaan.
Thailand hantar bantuan bernilai 2 juta baht untuk Ukraine yang dilanda perang
Palang Merah Thailand memperuntukkan siri keempat bantuan kemanusiaan kepada Palang Merah Ukraine bagi memperoleh barangan perlu untuk penduduk.
Ukraine akan hasilkan satu juta dron tahun depan
Angkatan pertahanan Ukraine memerlukan sekitar 100,000 hingga 120,000 dron setiap bulan dalam usaha menangkis serangan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.