MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Selasa berkata beliau berharap perjanjian diplomatik dengan Ukraine dapat dicapai dan rundingan mengenainya sedang berlangsung.
Bercakap menjelang pertemuannya dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, Putin berkata Rusia mendukung prinsip yang menjadi asas penubuhan PBB dan berhasrat untuk berbuat demikian pada masa depan, lapor Agensi Anadolu.
Beliau berkata rundingan dengan Ukraine di Istanbul pada Mac, merupakan satu pencapaian yang sangat penting.
"Tetapi malangnya, selepas mencapai persetujuan, selepas kami menyatakan hasrat untuk meneruskan rundingan di Bucha, kami berdepan provokasi yang tiada kaitan dengan tentera Rusia.
"Kami tahu siapa dalang terhadap provokasi ini, siapa yang melakukannya," katanya.
Sikap Ukraine berubah secara drastik selepas insiden Bucha, tetapi rundingan masih diteruskan secara dalam talian dan Putin masih mengharapkan keputusan positif.
Sekurang-kurangnya 2,729 orang awam terbunuh dan 3,111 lagi cedera di Ukraine sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan pada 24 Feb, menurut PBB.
Angka sebenar dikhuatiri lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 27 2022
Sekurang-kurangnya 2,729 orang awam terbunuh dan 3,111 lagi cedera di Ukraine sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan pada 24 Feb, menurut PBB. - REUTERS
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Presiden China dahului mesej ucapan tahniah terhadap pemilihan semula Presiden Putin
Xi berkata pemilihan semula Putin mencerminkan sepenuhnya sokongan daripada rakyat negara itu.
Lebih 75 peratus rakyat Rusia percaya Putin - Tinjauan
Kira-kira 77 peratus rakyat Rusia mempercayai Presiden Vladimir Putin manakala 78 peratus lagi yakin dengan prestasi kerjanya.
Putin dipercayai 77.7 peratus rakyat Rusia - Tinjauan
Hanya 15.7 peratus responden tidak setuju dengan prestasi Putin sebagai presiden.
Risikan Ukraine dakwa Putin ada klon?
Presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan jatuh tergelincir di kediaman rasminya di Moscow di tengah-tengah spekulasi yang semakin meningkat tentang keadaan kesihatan pemimpin berusia 70 tahun itu.
Ukraine "tinggalkan" proses rundingan tamatkan konflik - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Perdana Menteri India, Narendra Modi bahawa Ukraine "meninggalkan" proses rundingan bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine.
'Pencerobohan Ukraine keputusan negara berdaulat, kuat dan merdeka' - Ini yang perlu anda tahu dari ucapan Putin
Hari Kemenangan disambut setiap tahun oleh Rusia bersempena dengan kekalahan Nazi pada 9 Mei 1945.
Putin harap perjanjian diplomatik dengan Ukraine tercapai
Presiden Rusia Vladimir Putin berkata rundingan dengan Ukraine di Istanbul pada Mac, merupakan satu pencapaian yang sangat penting.
Putin bercadang hadir ke Sidang Kemuncak G20 di Bali-Duta Besar Rusia
Presiden Rusia Vladimir Putin merancang untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Bali pada November, menurut laporan.
Putin jalani kuarantin kendiri, selepas kenalan dijangkiti COVID-19
Presiden Rusia Vladimir Putin mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin kendiri selama beberapa hari selepas kenalannya dijangkiti COVID-19, lapor Sputnik.
Mikhail Mishustin dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Rusia
Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Khamis menandatangani surat keputusan melantik Mikhail Mishutin sebagai Perdana Menteri.