Pyongyang arah hukuman mati ke atas Park Geun-hye

Agensi
Jun 28, 2017 16:18 MYT
Geun-hye disingkir Mac lalu kerana terbabit dalam skandal rasuah dan kini dalam tahanan ketika kesnya masih dalam perbicaraan. - Foto REUTERS
Rejim Korea Utara mengeluarkan arahan hukuman mati terhadap bekas presiden Korea Selatan, Park Geun-hye dan ketua perisiknya yang didakwa merancang membunuh Kim Jong-un.
Agensi berita pusat Korea Utara, KCNA berkata siasatan membuktikan Geun-Hye dalang merancang pembunuhan pemimpin agung mereka pada 2015.
Sebelum ini akhbar Jepun melaporkan Geun-hye pernah meluluskan pelan untuk menumbangkan pemimpin Pyongyang.
Geun-hye disingkir Mac lalu kerana terbabit dalam skandal rasuah dan kini dalam tahanan ketika kesnya masih dalam perbicaraan.
#Bekas Presiden #hukuman bunuh #Korea Selatan #Korea Utara #Park Geun-Hye