Korea Utara dan Korea Selatan bersetuju untuk mengadakan siri rundingan melibatkan tentera kedua-dua negara dan Pasukan Palang Merah pada hujung bulan ini.

Persetujuan yang dicapai pada Jumaat itu turut meneliti cara menyelesaikan ketegangan sebelum ini dan meneruskan usaha penyatuan keluarga yang terpisah semasa perang Korea pada 1950-53.

Pertemuan yang diadakan di Panmunjom itu diketuai wakil kedua-dua negara iaitu Pengerusi Agensi Korea Utara, Ri Son Gwon dan Menteri Perpaduan Korea Selatan, Cho Myung Gyon.

Pada pertemuan itu kedua-dua pemimpin bersetuju untuk menubuhkan sebuah pejabat penghubung di Panmunjom, Korea Utara yang bersempadan dengan Kaesong, Korea Selatan.

Selain itu kedua-dua negara bersetuju untuk mewujudkan pasukan gabungan untuk beberapa acara sukan di kejohanan Sukan Asia Ogos nanti.

Pertemuan peringkat tinggi antara kedua-dua negara Koreaitu turut disusuli pertemuan di New York antara Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo dengan utusan Korea Utara, Kim Yong Chol yang membincangkan hala tuju seterusnya pertemuan utama antara Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Yong Un pada 12 Jun ini.