Qatar alu-alukan keanggotaan Palestin dalam Interpol

Dengan penyertaan Palestin dalam Interpol, Kementerian Luar Negeri Qatar berharap ia akan membantu menangani cabaran yang dihadapi Palestin.
Qatar mengalu-alukan penyertaan Palestin dalam Interpol yang diluluskan semasa perhimpunan agung tahunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Beijing, China, lapor agensi berita Qatar (QNA).
Menerusi kenyataan dikeluarkan pada Rabu, Kementerian Luar Negeri berkata, pencapaian itu diharap akan membantu menangani cabaran yang dihadapi Palestin.
Qatar juga mengulangi sokongan penuhnya terhadap rakyat Palestin untuk mendapatkan semula hak dan mewujudkan sebuah negara bebas berdaulat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

