Raja Arab Saudi terima suntikan vaksin COVID-19

Agensi
Januari 8, 2021 21:14 MYT
Media tempatan melaporkan Raja Salman menerima suntikan vaksin di bandar Neom pada Jumaat. - Foto Reuters
NEOM: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz terima suntikan pertama vaksin COVID-19 selepas program vaksinasi dimulakan di negara itu.
Media tempatan melaporkan Raja Salman menerima suntikan vaksin di bandar Neom pada Jumaat.
Sebelum ini Arab Saudi melancarkan kempen vaksinasinya sejak Disember lalu selepas menerima hantaran pertama ratusan ribu vaksin.
Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan lebih setengah juta rakyatna mendaftar untuk mengambil vaksin Pfizer-BioNTech sejak pendaftaran dilancarkan pada 15 Disember lalu.
Malah, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman menerima suntikan dos pertama vaksin pada 26 Disember lalu.
Arab Saudi membuka pusat vaksin COVID-19 di Jeddah pada Khamis, sekali gus menjadi kemudahan inokulasi kedua di negara itu selepas Riyadh.
Pada Jumaat, 97 kes positif baharu direkodkan di negara itu menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 363,582.
#Arab Saudi #Kementerian Kesihatan #kes positif #COVID-19 #program vaksinasi #Pfizer-BioNTech